Sidang Parlimen | Tarif air rendah mungkin punca penggunaan berlebihan

2023-02-23 0

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengakui kadar tarif air yang terlalu rendah mungkin menjadi punca rakyat tidak menghargai sumber asas itu sehingga mengakibatkan penggunaan berlebihan.

Menurut menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad penggunaan air di Malaysia dikategorikan sebagai sangat tinggi, dan sukar diubah kerana sudah menjadi tabiat masyarakat.

Justeru, beliau tidak tidak menolak kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan tarif air domestik sebagai usaha menanggani isu pembaziran air.